Followers

2013/08/05

Pengusaha bas kecewa tiket masih banyak

Assalamualaikum
Sumber :myMetro
Tarikh Disiarkan : 06/08/2013





Kuala Lumpur: Pengusaha bas ekspres di ibu kota mengeluh berikutan sambutan kurang menggalakkan terhadap pembelian tiket bas berbanding tiket kereta api yang lebih mendapat tumpuan pada saat-saat akhir Ramadan.
Pengusaha bas ekspres Shuhairi Zainol, 38, berkata, berbanding tahun lalu, syarikatnya mampu menghabiskan jualan tiket pada minggu kedua Ramadan, namun tidak lagi pada kali ini.

“Pada hari ini (semalam) hanya 12 keping tiket dijual dan keadaan ini amat merisaukan. Kami terpaksa bersaing perkhidmatan kereta api.
“Orang ramai hanya memenuhi hentian ini pada hujung minggu untuk mencari tiket atau pulang ke kampung halaman masing-masing berbanding tahun lalu yang sentiasa dipenuhi pelanggan tidak mengira masa,” katanya.




Menurut Shuhairi, lebih malang apabila terdapat pengusaha yang turut didakwa sebagai ‘ulat tiket’ oleh pihak berkuasa kerana berebut mencari pelanggan.Katanya, tindakan pihak berkuasa yang menahan pengusaha tanpa usul periksa menimbulkan tanggapan buruk terhadap penumpang bas menyebabkan mereka beralih arah kepada pengangkutan awam lain.

“Harga ditawarkan tetap sama, tapi ramai penumpang pilih kereta api. Pihak berwajib sepatutnya lebih adil ketika mempromosikan pengangkutan awam,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Kanan Pemasaran Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Mohd Noordin Kimi berkata, pihaknya menambah dua gerabak bagi setiap tren untuk perjalanan ke utara dan pantai timur tanah air bagi menampung permintaan yang semakin meningkat.
Katanya, penambahan gerabak itu bermula hari ini sehingga Rabu mengikut jadual perjalanan sedia ada.

1 comment:

If nak order jgn malu2 hehe
Wasapp :0194609037
Pm/Fb : Beautyladysshop
Postage RM 6 SM RM 9 SS
Pos : Isnin - Jumaat Sahaja

* untuk dptkn no account untuk transfer/bank in duit brg
boleh wassapp dulu yer or pm page sue.
*selalunya hari ini order n transfer duit,insyallah esok brg dah pos n akan diberi tracking no
*brg yang telah dipos adalah tanggungjawab anda,no refund yer sebab brg dah hantar.

TQ