Followers

2013/08/04

Apakah Yang Dikatakan Ikhlas Dalam Berzikir

BERZIKIR SEBELUM SEKATAN TAKDIR MENERUSI AJAL


SABDA Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Manusia ahli LAILAHA ILLALLAH
tidak akan merasa sunyi dan dukacita ketika dalam kubur dan bangkit dari-
padanya, seolah-olah mereka bangun dengan menguis tanah di-atas
kepalanya dengan berkata: " Segala puji bagi Allah yang telah menyingkir
perasaan sedih dan dukacita daripada hatiku, sesungoh-nya Engkaulah
Tuhan tempatku memohon ampun dan bersyukur."

Kesepian dan dukacita merupakan bala azab yang menyeksa jiwa manusia,
lebih-lebih lagi di alam barzakh [kubur] yang keadaannya seorang diri.
seorang diri.

Bayangkan jika seseorang terdampar di gurun padang pasir, yang lengang
tanpa kicau burung dan tanpa manusia.  Pastilah ia amat sepi yang meng-
cengkam jiwa.
Tidak berlaku kesepian dan kesunyian di alam kubur apabila semasahayatnya
sentiasa membaca dengan ikhlas dan sebanyak mungkin zikir
 " LAILAHA ILLALLAH".

Apabila dilazimkan berzikir ' LAILAHA ILLALLAH' ketika ingat dan sedar
insya-Allah tidak akan sering bergetar menyebutnya ketika hati dalam
situasi biasa.
Apa yang jadi masaalah ialah kelaziman bagi orang awam bertahlil hanya
ketika berada di majlis rasmi di masjid atau majlis kenduri, waktu selebih-
nya selebihnya lidah tersimpan sepi tanpa zikir.

Tidak tahu ke mana hendak dituju selepas dibangkitkan daripada kubur
kelak, seluruh manusia dihimpun di Mahsyar tanpa arah tuju.  Mereka men-
cari Nabi Muhammad s.a.w. untuk mendapat pertolongan, tetapi tidak tahu
dimana.

Meskipun ramainya insan tidak terhingga berhimpun di Mahsyar, namun mereka
bagaikan tidak berteman kerana masing masing dengan urusan yang hendak di-
selesaikan.  Sebagaimana dinyatakan firman Allah SWT yang bermaksud: " Pada
hari ketika manusia lari daripada saudaranya, daripada ibubapanya, daripada
isteri dan anak-anaknya, setiap orang daripada mereka pada hari itu mempunyai
urusan yang cukup menyibukkan." [Surah 'Abasa ayat 34-37]

Hanya dengan membanyakkan zikir " LAILAHA ILLALLAH" semasa hidup di dunia
sebutan dengan hati penuh ikhlas, Allah SWT janjikan fadilat yang akan mereka
perolihi, ialah tidak kesunyian dan dukacita pada hari Masyar yang amat kalut
tetapi nafsi-nafsi itu.

Maksud ikhlas ialah dengan penuh keyakinan bahawa tiada tuhan Yang Maha Ber-
kuasa melainkan Allah, tidak berkendak kecuali kepad Allah SWT Yang Maha Ber-
kuasa, Maha Kaya, Maha Bijaksana dan segala Maha lagi.

Layaklah mereka mendapat ganjaran syurga kerana mengucap " LAILAHA ILLALLAH"
benar-benar bertauhid kepada-Nya dengan keyakinan yang berasaskan tauhid
kepada Allah SWT, akan mencapai kemuncak nikmat
Ketika menikmati kehidupan di alam barzakh dibangkitkan daripada kubur, terus ke-
Mahsyar dan akhirnya memasuki syurga yang tidak dapat dibayangkan oleh akal
fikiran.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksund: " Ya Abu Hurairah, segala kebajikan yang
kamu buat sama ada dalam bentuk amalan atau ucapan akan ditimbang di akhirat,
kecuali ucapan " LAILAHA ILLALLAH" tidak akan ditimbang dengan mizan biasa.
Kalau ada ceper timbang yang sebelah ditaruh langit tujuh petala langit serta isinya,
ceper yang sebelah lagi diletakkan ucapan " LAILAHA ILLALLAH " nescaya ia akan
lebih berat lagi.

Wasiat Rasulullah s.a.w.kepada Abu Hurairah yang bermaksud: "Wahai Abu Hurairah
hendaklah kamu ajar orang yang hampir mati dengan ucapan " LAILAHA ILLALLAH "
SESUNGGUNYA KALIMAH " LAILAHA ILLALLAH " AKAN MERUNTUHKAN SEGALA DOSANYA.

Sahabat bertanya, bahawa dibacakan kepada orang hampir mati, tetapi bagaimana pula
terhadap orang yang hidup segar? Jawab Nabi s.a.w. " JIKA DIBACAKAN KEPADA ORANG
YANG MASIH HIDUP IA LEBIH MERUNTUHKAN LAGI DOSA-DOSANYA."

Bersabda Rasulullah s.a.w. maksudnya: " Wahai sekalian manusia di dunia ini,mempunyai
bakat dan ada tokoh untuk memasuki syurga, kecuali orang tidak berhajat untuk memasuki-
nya.
Sahabat bertanya: ada jugakah manusia yang tidak berhajat masuk syurga?
Jawab Nabi s.a.w., " Memang ada iaitu mereka yang tidak menyebut " LAILAHA ILLALLAH "
[maksudnya tidak beriman kepada Allah SWT]
Sabdanya lagi yang bermaksud: Sesiapa yang menyebut " LAILAHA ILLALLAH " dengan
penuh ikhlas, mereka akan masuk syurga."
Sebut saja kalimah " LAILAHA ILLALLAH "dengan tidak ikhlas maka tiada jaminan untuk me-
masuki syurga.

Untuk mengetahui ikhlas atau sebaliknya perhatilah amalan dan gerak geri selepas berzikir
itu, jika tidak serupa dengan kehendak dan tuntutan kalimah " LAILAHA ILLALLAH " itu
buktiknya 'tidak ikhlas'.
Halal dan haram sama saja, tidak gerun terhadap maksiat yang mendatangkan dosa. Itu
tandanya tidak ikhlas.

Ada pandangan bahawa mukmin atau kafir itu masing-masing. Ini tidak betul bahkan ia pen-
dapat syaitan untuk menyenangkan orang yang tidak percaya Tuhan.  Memanglah iman dan
kufur itu terletak di dalam hati.
Bagaimanapun perkara yang di dalam itu akan terbit dan menjadi tanda, perangai adalah
kuntum bunga sebagai tanda yang terbit daripada pohon hati.
Seseorang boleh melindung apa yang ada di hati tetapi untuk sementara waktu, kerana
perbuatan dan perangai manusia akan tercetus setelah didorong oleh gejolak hati.

Oleh itu hendaklah dengan ikhlas berkata " LAILAHA ILLALLAH " sebanyak mungkin, sebelum
seseorang itu disekat oleh takdir Allah SWT khususnya ajal. 

No comments:

Post a Comment

If nak order jgn malu2 hehe
Wasapp :0194609037
Pm/Fb : Beautyladysshop
Postage RM 6 SM RM 9 SS
Pos : Isnin - Jumaat Sahaja

* untuk dptkn no account untuk transfer/bank in duit brg
boleh wassapp dulu yer or pm page sue.
*selalunya hari ini order n transfer duit,insyallah esok brg dah pos n akan diberi tracking no
*brg yang telah dipos adalah tanggungjawab anda,no refund yer sebab brg dah hantar.

TQ