Followers

2013/06/03

Tokoh Wanita Malaysia


                                   


TUN DR SITI HASMAH MOHD ALI


Latar Belakang


  • Dilahirkan pada  12 Julai  1926 di  Kampung Jawa, Kelang, Selangor.
  • Bapanya, Haji Mohd.Ali  bin  Taib adalah  pegawai kerajaan.
  • Ibunya Hajah  Siti Khatijah binti Ahmad,seorang suri  rumah tangga.
  • Adik-beradiknya yang  lain  ialah Tun Ismail  Ali, Datuk Ahmad Razali Ali dan Hashim  Ali.


  Pendidikan


  • Beliau   mendapat  pendidikan awal di  Sekolah Perempuan Methodist Kuala Lumpur (1932-1933). 
  • Bersekolah di  St.Mary’s Kuala  Lumpur (1934-1941) .  
  • Pudu  English  School Kuala  Lumpur sehingga lulus Cambridge Overseas School Certificate.
  • Pada  tahun  1947,Siti  Hasmah melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya,Singapura



  Kerjaya


  • Setelah  tamat  pengajian di  Universiti  Malaya, Siti  Hasmah  berkhidmat sebagai  doktor pelatih  di Hospital Besar Kuala Lumpur (1955-1956) .
  • Beliau  kemudiannya  berpindah ke  Hospital Besar  Alor Setar sebagai  pegawai perubatan.
  • Pada tahun  1962, Siti  Hasmah  bertugas sebagai  Pegawai  Perubatan Kedah Utara.
  • Pada tahun 1963, beliau  memangku jawatan Penguasa Hospital Besar Alor  Setar  dan dengan pelantikan itu, beliau  merupakan wanita  Melayu  yang pertama  menyandang  jawatan  tersebut.
  • Pada tahun 1965, Siti  Hasmah  dilantik  sebagai  Pegawai  Kesihatan dan Anak  di Pejabat Kesihatan Kedah  Utara
  • Pada tahun  1966, beliau ke Amerika  Syarikat   untuk  mengikuti kursus  Perancang  Keluarga di Population Planning Centre, Ann Arbor, Michigan.
  • Pada tahun  yang  sama, beliau  bertugas  sebagai Pegawai  Kesihatan  Kedah hingga tahun  1967. 
  • Pada  tahun  1968, beliau  berkhidmat sebagai Pegawai  Kesihatan  Kubang  Pasu, sekali gus sebagai Pengetua Sekolah Latihan Kesihatan  Luar  Bandar di Jitra,  Kedah hingga tahun  1974.


 Kejayaan


  • Memperoleh ijazah  Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana  Muda Pembedahan (M.B.B.S) pada tahun  1955. 
  • Pada tahun  tersebut, hanya empat  orang pelajar  Melayu yang  memperoleh Ijazah  Perubatan, termasuklah  Dr.Mahathir bin Mohamad. 
  • Siti  Hasmah  adalah satu-satunya  pelajar  wanita  dalam bidang  perubatan. 
  • Beliau  juga merupakan  wanita Melayu yang kedua  memperoleh ijazah  perubatan.Beliau  juga  merupakan  wanita  pertama yang dilantik sebagai  Pegawai  Kesihatan  Ibu  dan Kanak-kanak  Negeri Kedah apabila  dilantik ke  jawatan tersebut  pada tahun 1974


  Berkahwin


  •  Beliau  berkahwin  dengan  Dr.Mahathir Mohamad  pada 5  Ogos 1956.


  Persaraan.


  • Siti  Hasmah  kemudiannya memilih  untuk  bersara  daripada  perkhidmatan kerajaan  apabila kontrak perkhidmatannya tamat  pada tahun 1974’.   
  • Selepas itu  beliau  menjadi  pensyarah   sambilan di Institut   Kesihatan Umum dan Fakulti Pergigian Universiti  Malaya.   
  • Siti  Hasmah  juga amat  prihatin terhadap  kegiatan  sukarela. Beliau menjadi  Yang Dipertua Badan  Amal dan  Kebajikan Tenaga Isteri Menteri- menteri (BAKTI). 
  • Beliau  juga  penaung bagi Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan  beberapa pertubuhan sukarela  yang  lain.
  • Tun  Dr.Siti  Hasmah telah  menghasilkan beberapa buah buku.antaranya ialah  Wanita,Adat dan  Kesihatan (2 jilid) yang memuatkan koleksi kertas kerjanya  antara tahun  1975  hingga  tahun  1978. 
  • Beliau  juga banyak membentangkan kertas  kerja dalam  seminar peringkat  kebangsaan dan  antarabangsa, di samping  menyumbang tulisan untuk  penerbitan dalam  bidang  penerbitan.
  •  Selain itu, beliau  juga meminati muzik, nyanyian dan  tarian  asli. Pada  tahun  1997, beliau dilantik menjadi  Canselor Universiti Multimedia Malaysia.

  

     Secara Ringkasnya Oleh : Miss Sue
     Reference : https://www.pmo.gov.my
                     : https://en.wikipedia.org/wiki/Siti_Hasmah_Mohamad_Ali
                     : http://tokohrao.blogspot.com
                     : http://as-syam.blogspot.com/2005/12/tun-dr-siti-hasmah-mohd-ali.html











                           

No comments:

Post a Comment

If nak order jgn malu2 hehe
Wasapp :0194609037
Pm/Fb : Beautyladysshop
Postage RM 6 SM RM 9 SS
Pos : Isnin - Jumaat Sahaja

* untuk dptkn no account untuk transfer/bank in duit brg
boleh wassapp dulu yer or pm page sue.
*selalunya hari ini order n transfer duit,insyallah esok brg dah pos n akan diberi tracking no
*brg yang telah dipos adalah tanggungjawab anda,no refund yer sebab brg dah hantar.

TQ