Assalamualaikum....
Salam Tengahari..
Diharapkan kawan2x semua
sihat walafiat dan sentiasa
mendapat keredaanNya..
Alhamdulilah....
Hari ini kita diberikan lagi peluang
untuk hidup di muka bumi ini...
syukur alhamdulillah...
Ujian Allah s.w.t
semua orang merasa
keadaan sedemikian..
ujian ini pelbagai rupa...
kadang2 kita tidak sedar yang kita diuji oleh Nya
apabila kita tidak menyedari yang kita diuji...
kita akan melakukan perkara yang dilarang oleh Allah s.w.t
oleh itu, pentingnya
untuk kita tahu.....
rahsia disebalik ujian Allah s.w.t
bila kita diuji dengan kehilangan orang tersayang....
Allah s.w.t nak bagitahu kat kita bahawa...
allah s.w.t berkuasa untuk mengambil hak kita....
bila kita diuji dengan kehilangan kerjaya
Allah s.w.t nak bagitahu kat kita bahawa...
perkara dunia bukanlah segalanya segalanya...
Rezeki Allah s.w.t sangat luas....
mungkin rezeki kita disitu sahaja....
dan yakinlah yang Allah s.w.t nak bagi yang lebih baik
untuk kehidupan kita....
Bila kita selalu bersangka baik dengan ujian
yang diberikan Insyalllah
kita akan tabah menghadapinya...
setiap apa yang berlaku ada sebabnya...
hadapi dengan hati yang terbuka...
Senyumlah bila kita diberikan Ujian
kerana orang yang selalu diUji
adalah orang yang disayangi Allah s.w.t
yang diberikan perhatian...
Jika kita lihat sesetengah insan
yang kaya raya yang senang...
tanpa ujian.....mungkin
Allah s.w.t menutup hatinya
daripada menerima ujianNya
dan akan hanyut dengan duniawi...
sehingga sampai masa..
oleh itu,anggaplah
ujian itu sebagai
satu kemanisan dalam kehidupan kita
“ Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya, ia mendapat pahala kebajikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya…
( Al-Baqarah: 286)
Mata2 Blog Pilihan
Subhanallah.. perkongsian yg sgt bermanfaat. Semoga kita semua sentiasa mengambil positif & sentiasa redha diatas segala ujian yg didtgkan kpd kita.. in shaa Allah.. aamiin.
ReplyDeleteSalam Ahad.. :)
amin...moga kita sentiasa tabah menghadapinya....
Deletesalam ahad juga :)
entri yang baik sekali... ujian Allah itu ada kemanisan jika kita sedar :)
ReplyDeletebetul tu acik...:)
Deleteyup betul tu dear. UJIAN tu kemanisan sbnrnye.
ReplyDeletecuma kdg2 kite sbg manusia ni yg x sbr :')
ya....ada hikmah disebaliknya
DeleteSalam rindu sue...
ReplyDeleteBetul tu syg,ujian itu sebenarnya tanda kshsyg Allah pd kita,sabar dn redho.....
waalaikumsalam kak...betul tu kak...kdg2 ia mematangkan kita
Deletebetul tu adik sue.. Allah hanya menguji setakat mana yang kita mampu tanggung.. ujian dari Allah bukti kasih sayang-Nya terhadap kita..
ReplyDeletemoga kita sentiasa berserah padaNya
DeleteSetiap ujian itu mesti ada hikmahnya. :)
ReplyDeletebetul tu wanariahamiza
DeleteSetiap kali melalui ujian yang tidak terduga..., berbaik sangkalah dengan Allah. Allah tidak menurunkan sesuatu dugaan kita kecuali DIA tahu kita memang kuat untuk menanggung dugaan tersebut.
ReplyDeleteTurunnya ujian adalah untuk meninggikan taraf makam kita disisiNYA. Insyaallah.
amin2x...
Delete"Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah)."
ReplyDelete(Al-Baqarah 2:214)
tima kasih pha...tepat sekali :)
Delete