Followers

2013/12/19

Saat Kematian





Assalamualaikum..
Buat apa tu?
mesti ada yang dah tidor(─‿‿─)awal tidor?
atau yang tengah blogwalking..
rajin korang ye,jap g sue nak blogwalking
jenguk2x entry kawan2 semua....
pada yang baca entry sue nie...
bagi la link entry baru...insyallah sue terjah...

Entry sue kali ini macam seram sikit...
hehe...
tengok tittle entry tentang kematian
mesti korang rasa berdebar2x betul x?
sapa yang tak takut mati kn?
tapi jika kita sentiasa beringat dan 
melakukan amalan dengan sebaik mungkin insyallah
perasaan takut itu akan hilang..
kita dipanggil bertemu dengan Allah S.W.T
kenapa perlu takut??
insyallah jika kita didunia sentiasa ingat kematian
dan melakukan amalan yang baik...
tinggal yang dilarangNya
insyallah Allah S.W.T redha dengan kita betul x?

Actually sue pilih tajuk nie..
sebab tadi sue terjumpa 1 artikle dalam stor ,
baru pindah rumah...banyak2 kotak2 barang yang
tidak dikemaskan lagi,saja sue kemas2 sikit,nampak
artikle tentang kematian..≧◔◡◔≦



tergerak hati sue nak share dengan korang
tentang artikle nie..sue dah baca dah...
Jom baca moga2 bermanfaat pada 
kawan2 dan juga diri sue yang masih lagi 
belajar tentang kehidupan....
sama2 kita belajar...
hehe

"Wahai malaikat maut,kamu cabutlah ruhnya dari arah lain."Sebaik saja malaikat
maut mendapat perintah Allah S.W.T maka malaikat maut pun cuba mencabut roh
orang mukmin dari arah tangan.Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang 
mukmin itu,keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluarlah penulisan ilmu.
Maka berkata tangan:Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin
dari arah ini,tangan ini telah mengeluarkan sedekah,tangan ini mengusap kepala
anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan.

Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan
maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki.Malangnya malaikat maut juga gagal 
melakukan sebab kaki berkata:

"Tidak ada jalan bagimu dari  arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik
mergerjakan solat berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu."

Apabila gagal malaikat maut.mencabut roh mukmin dari arah kaki,maka malaikat maut
cuba pula dari arah telinga.Sebaik sahaja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga
pun berkata:

"Tidak ada jalan  bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan al quran
dan zikir."Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi
baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata:

"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan 
kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah."Setelah gagal maka
malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T ,kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:
"Wahai malaikatKu,tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu
Sebaik sahaja mendapat perintah Allah S.W.T ,maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah S.W.T

Sebaik sahaja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari
arah mulut dengan tenang.

Abu Bakar R.A telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad.Maka berkata
Abu Bakar R.A "Roh itu menuju ketujuh tempat:

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin
2.Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus
3.Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina
4.Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5.Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak dibumi dan dilangit sampai kiamat.
6.Roh anak anak yang beriman akan berada di gunung dari misik.
7.Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin,mereka diseksa beserta jasadnya
sampai hari kiamat

Telah bersabda Rasullah S.A.W :Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh
para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:

1.Orang yang mati syahid
2. Orang-Orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan
3.Orang berpuasa di hari Arafah

Moga bermanfaat untuk kita semua :)

Mata2 Blog Pilihan

6 comments:

  1. Salam sue...

    Akak jln ke sini sebelum terlena...sungguh menginsafkan...kalaulah tiada esoklg utk akak..di mana agaknya roh akak terletak....tq sue....lebiu....

    akak ada buat entri baru...

    ReplyDelete
  2. sue thanks for sharing..tersentuh baca..penginsafan +___+

    ReplyDelete
  3. sgt bermanfaat utk dikongsi bersama...

    ReplyDelete
  4. Kematian adalah satu tidur yang panjang. Lena atau tidak, bergantung pada amalannya

    ReplyDelete
  5. Thanks for sharing Sue...sgt menginsafkan

    ReplyDelete
  6. Subhanallah.. t kasih diatas perkongsian peringatan yg sungguh bermanfaat ini. Semoga menjadi renungan kebaikan buat semua...

    ReplyDelete

If nak order jgn malu2 hehe
Wasapp :0194609037
Pm/Fb : Beautyladysshop
Postage RM 6 SM RM 9 SS
Pos : Isnin - Jumaat Sahaja

* untuk dptkn no account untuk transfer/bank in duit brg
boleh wassapp dulu yer or pm page sue.
*selalunya hari ini order n transfer duit,insyallah esok brg dah pos n akan diberi tracking no
*brg yang telah dipos adalah tanggungjawab anda,no refund yer sebab brg dah hantar.

TQ