Followers

2013/08/26

Rebah badan berasap

Assalamualaikum
Sumber :myMetro
Tarikh Disiarkan : 27/08/2013

Kangar: “Semasa kami berbual di atas mesin padi, tiba-tiba saya terdengar bunyi satu letupan kuat dan melihat badan dia seakan-akan bercahaya sebelum rebah.”
Begitu kata Muhammad Naim Che Rose, 16, menceritakan detik akhir bersama rakan karibnya, Mohammad Nazdzed Shahidan, 16, yang meninggal dunia dipercayai akibat terkena renjatan elektrik ketika berada di atas mesin penuai padi.
Difahamkan, kejadian berlaku ketika jentera berkenaan sedang melintasi talian bekalan elektrik di Simpang Empat, dekat sini, jam 6.50 petang kelmarin dan mangsa yang tidak bersekolah dipercayai terkena kabel elektrik yang melentur.

Muhammad Naim berkata, sebelum itu, dia berada di bahagian tong pengumpulan padi di belakang mesin berkenaan dan tidak nampak kelibat rakannya itu kerana penglihatannya dilindungi dinding jentera itu yang agak tinggi.
Foto
AZLAN (dua dari kanan) turut bersama ahli keluarga mangsa di Hospital Tuanku Fauziah.

Secara tiba-tiba, katanya, dia terdengar bunyi letupan kuat ketika jentera berkenaan melintasi talian bekalan elektrik itu menyebabkan mangsa rebah lalu terjatuh ke dalam tong pengumpulan padi.

inna lillahi wa inna ilayhi raji'un

2 comments:

  1. Replies
    1. tu la...moga menjadi pengajaran untuk kita...nmpak mesin padi lari trus...hehhe

      Delete

If nak order jgn malu2 hehe
Wasapp :0194609037
Pm/Fb : Beautyladysshop
Postage RM 6 SM RM 9 SS
Pos : Isnin - Jumaat Sahaja

* untuk dptkn no account untuk transfer/bank in duit brg
boleh wassapp dulu yer or pm page sue.
*selalunya hari ini order n transfer duit,insyallah esok brg dah pos n akan diberi tracking no
*brg yang telah dipos adalah tanggungjawab anda,no refund yer sebab brg dah hantar.

TQ