Followers

2013/07/28

Jom Cari Pahala

Assalamualaikum

Syukur alhamdulilah rezeki yang Allah s.w.t bagi untuk berbuka hari ini.
Sedap sungguh mak sue masak hari ini hehe...nak tawu mak sue masak apa?masak kari
ayam kegemaran sue..sedap sangat.Korang makan apa berbuka tadi?msti lagi sedap kanapa2 pown
 bersyukur la atas nikmat yang Allah bagi.Jangan lupamakan jangan kenyang sangat ye...
nanti berat pulak nk melakukan amalanuntuk bulan puasa nie.Kelip kelip mata  dah nak
habis dah ramadhan\tinggal lebih kurang 10 hari je lagi....Korang tawu x kelebihan
10 malam terakhir ramadhan jom kita sama2  baca



 Nabi Muhammad saw memperbanyakkan ibadat pada malam 10 terakhir Ramadan melebihi malam sebelumnya. Saidatina Aisyah berkata maksudnya; “Rasulullah apabila masuk malam 10 terakhir Ramadan, Baginda menghidupkan malam (dengan ibadat), mengejutkan keluarganya (bangun beribadat), bersungguh-sungguh (dalam beribadat) dan uzlah (mengasingkan diri) daripada isteri-isterinya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Pada malam 10 terakhir ada satu malam yang dinamakan Lailatul Qadar (malam yang mempunyai berkat dan keistimewaan yang banyak). Pada malam inilah diturunkan al-Quran seperti firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya Kami menurunkannya (al-Quran) pada Lailatul Qadar” (Surah al-Qadar, ayat 1). Ibn Abbas berkata : “Allah menurunkan al-Quran sekali gus dari Al-Luh Al-Mahfur ke Bait al-E'zzah yang terletak di langit dunia. Kemudian ia diturunkan secara berperingkat-peringkat kepada Rasulullah selama 23 tahun.

Lailatul Qadar disifatkan lebih baik daripada 1,000 bulan. Perkara ini seperti firman Allah bermaksud : “Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan.” (Surah al-Qadar, ayat 3)

Malam ini juga disifatkan sebagai malam berkat, firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya Kami turunkannya (al-Quran) pada malam yang diberkati.” (Surah al-Dukhan, ayat 3)

Pada malam ini juga turunnya malaikat. Malaikat turun bersama-sama berkat dan rahmat Allah yang dikhaskan untuk malam ini.

 Ditetapkan umur, rezeki dan ajal manusia. Firman Allah bermaksud : “Pada malam itu (Lailatul Qadar) dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah.” (Surah al-Dukhan, ayat 4). Maksud ‘urusan yang penuh hikmah’ adalah pada malam itu Allah menentukan umur, rezeki dan ajal manusia.

Allah mengampunkan hamba-Nya yang menghidupkan malam itu dengan penuh rasa keimanan dan pengharapan.Bilakah Lailatul Qadar? Nabi Muhammad bersabda bermaksud: “Carilah Lailatul Qadar pada malam 10 terakhir Ramadan.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Rasulullah bersabda lagi bermaksud: “Carilah Lailatul Qadar pada malam ganjil pada 10 malam terakhir.” (Hadis riwayat Bukhari).

Petikan Panduan Puasa Ramadan terbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

No comments:

Post a Comment

If nak order jgn malu2 hehe
Wasapp :0194609037
Pm/Fb : Beautyladysshop
Postage RM 6 SM RM 9 SS
Pos : Isnin - Jumaat Sahaja

* untuk dptkn no account untuk transfer/bank in duit brg
boleh wassapp dulu yer or pm page sue.
*selalunya hari ini order n transfer duit,insyallah esok brg dah pos n akan diberi tracking no
*brg yang telah dipos adalah tanggungjawab anda,no refund yer sebab brg dah hantar.

TQ