Followers

2013/06/10

Mati Hidup Semula

Aku ada story nak share. kisah benar lagi seram.

Al kisah nya terjadi pada kawan aku bernama Neo(codename dia). Dia seorang polis dari UTK. Kerja harian bunuh membunuh dgn penjenayah, kerna kes yg sampai kat tangan dia kes jenayah berat. 

Suatu hari dia trlibat dalam satu kes tembak menembak dgn penjenayah antarabangsa di Johor. Dgn beretta di tangan Neo membidik dan menembak suspek tepat di jantung. Suspek rebah dan lalu jatuh dan tersungkur. Neo bergegas ke suspek dan didapati suspek dah nyawa2 ikan. Neo lepaskan satu lagi das tembakan ke kepala suspek untuk mematikan terus, ikut arahan suspek mesti di tembak mati. Jadi Neo telah menjalankan tugas dengan jayanya.

kes selesai, hasil rampasan ialah pelbagai jenis pucuk senjata api di rampas, penjenayah adalah seorang Penjual Senjata Api yg haram.

Ambulans di panggil utk mengambil mayat utk bedah siasat. MA meminta seorang pegawai pengiring utk bersama-sama ke Rumah Mayat, kerna takut ada serangan susulan yg mungkin akan melibatkan mereka semasa menghantar mayat ke destinasi.

Neo next job adalah jadi pegawai pengiring dalam ambulans trsebut.

Disinilah mimpi ngeri Neo bermula.

Semasa dalam ambulans dan dalam perjalanan ke rumah mayat. Tiba-tiba, mayat penjenayah tu bangun dan mengejutkan MA dan Neo. masa tu kata si Neo kat aku, "Aku dah tembak dia 2 das bro. Satu kat jantung dan satu lagi untuk pastikan dia mati aku bagi dia headshot."

Mayat tu bangkit dan pandang 2 orang kat dalam Ambulan tu. Neo dan MA tu pucat lesi, masing2 trkejut, lidah kelu, hanya mata jer jadi meliar tgk mayat bangkit. Mata mayat memandang Neo sambil meminta "Bang minta rokok sebatang" Neo dgn otak tgh 'hang' dia keluarkan sebatang rokok dan masukkan ke celah bibir mayat dan nyalakan api. Sempat 2 pam pastu mayat tu rebah dan terbaring kembali di katil.

Malam tu, member aku si Neo nie sepruh gila memikirkan apa yg berlaku malam tu, tapi penjelasan diberikan oleh DSP yg lebih arif tentang hal begini, suspek mmg pakai Saka tuk wat keje terkutuk dia.

Sekian.


credit to https://www.facebook.com/ceritaseram




No comments:

Post a Comment

If nak order jgn malu2 hehe
Wasapp :0194609037
Pm/Fb : Beautyladysshop
Postage RM 6 SM RM 9 SS
Pos : Isnin - Jumaat Sahaja

* untuk dptkn no account untuk transfer/bank in duit brg
boleh wassapp dulu yer or pm page sue.
*selalunya hari ini order n transfer duit,insyallah esok brg dah pos n akan diberi tracking no
*brg yang telah dipos adalah tanggungjawab anda,no refund yer sebab brg dah hantar.

TQ